Background Blog

Tuesday, September 23, 2014

Let Me Show You Something That is Better For You.



                                           بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
                                      Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ, Assalamualaikum sahabat sekalian. 

" Islam is not about we're better than you. Islam is about let me show something that is better for you"
Ana rasa terpegun dengan petikan yang telah ana nyatakan diatas. Masya Allah indah sungguh Islam. Allah Maha Kuasa atas segalanya. Ya akhi, ya ukhti, Islam bukan sesuatu yang kita perlu tunjuk pada orang yang kita jauh lagi bagus dari mereka. Akan tetapi Islam ni menunjukkan kita perlu menunjukkan sesuatu yang jauh lebih baik buat individu lain bersesuaian dengan keadaan mereka pada ketika itu. Malangnya mentaliti masyarakat melayu itu sendiri sangat berbeza dengan kaedah yang sepatutnya digunakan dalam Islam.

Sebagai contoh yang dapat kita lihat, ini berdasarkan dari pengalaman ana sendiri. Sewaktu ana mula-mula berhijrah, ana dikritik dengan pelbagai tomahan dan kata-kata yang tidak sedap untuk didengar. Seharusnya kita sebagai manusia memberi galakan yang membina pada sahabat kita dalam urusan penghijrahan beliau. Bukan penghijrahan ke arah kebaikan itu perkara baik yang harus dicontohi. Allahu Akbar.

Jangan kuatir yang sahabat, teruskan usaha anda sewaktu penghijrahan anda ke arah kebaikan. Ingat ya sahabat, Allah sentiasa bersama kita. Banyakkan istighfar. Percayalah disaat itu menguji kekuatan kita untuk menempuhi segala dugaan. Makin anda mencuba untuk mengenali Allah, makin kuat ujian yang Allah datangkan pada kita. Itu tandanya Allah nak kita tahu apa dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Allah nak kita sedar akan setiap kesilapan yang pernah kita lakukan. Dan jangan sekali-sekali kita ulangi kesilapan itu.

Sahabat, biarkan insan lain  mentertawakan anda dengan pakaian anda yang dikatakan sebagai kuno itu. Ingat ya sahabat, di  mata Allah kamu adalah wanita yang paling mulia. Kamulah wanita muslimah yang cantik disisi Allah. Aurat kita tu hanya untuk ditatap oleh bakal zauj kita. Hilanglah mahkota seorang wanita andai dia ditatap oleh ajnabi yang bukan zaujnya.

Dan ingatlah kalian, apabila kamu melakukan kebaikan dan mentati perintah Allah,ajaklah sahabat-sahabat yang lain untuk mengikuti jejak anda. Mungkin ada dikalangan sahabat kita yang sememangnya hendak berhijrah, tetapi tidak tahu caranya. Jadi, anda memaikan peranan yang sangat penting untuk mengajak mereka dan menunjukkan apa yang terbaik buat mereka sesuai dengan ayat "let me show you something that is better for you".

"Ya Allah Ya Tuhan kami, kau ampunilah dosa-dosa kami. Kau jadikanlah kami insan yang kuat untuk menempuhi ujian dan dugaan yang mendatang kepada kami, kau jadikanlah kami istiqamah dalam penghijrahan kami, kau jadikan penghijrahan kami ini  sebagai satu perkara yang bermanfaat untuk dicontohi oleh sahabat-sahabat kami. Sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun dan Maha Mendengar rintihan hati kami ini. Amin Amin Amin ya Rabbal A'lamin.


Sekian.






No comments:

Post a Comment