Background Blog

Saturday, September 20, 2014

#1 Penghijrahan Mujahidah Allah


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Ana menjadi perantaraan ibu dan ayah, mereka akan ceritakan masalah mereka pada ana. Ana bingung. Buntu dan tidak tahu nak buat apa. Ana hanya mampu diam. Ana pernah juga menegur sikap ibu dan ayah ana, malangnya ana dikatakan sebagai anak derhaka, Ana tidak akan masuk syurga kerana itu. Apa salahkan ana sebagai anak menegur perkara yang tidak baik itu? Apakah itu satu dosa? Ingat sahabat, perkara yang baik itu harus ditegakkan walau dalam apa jua keadaan. Ingat tak perjuangan Rasulullah untuk menyebarkan Islam. Kita baca balik kisah tu, jadikan kisah tu sebagai kekuatan kita untuk berdakwah. Allahu Rabb.

Berbalik pada kisah ana tadi, ana buntu, ana sangat sayangkan keluarga ana. Ana tak sanggup untuk melihat keluarga ana bercerai berai. Allahu Rabb takut sungguh ana jika perkara ini berlaku. Mohon dijauhkan Ya Allah. Ana menagis. ana tak mampu untuk memikirkan jalan penyelesaiannya. Hampir setiap hari ana memikirkan perkara ini.

Pada masa perkara ni semua terjadi, ana sangat jahil. Jahil Ana diberikan didikan Agama yang secukupnya tetapi ana tidak mengamalkannya langsung. Barangkali ujian yang Allah swt bagi untuk menyedarkan ana dan menyatakan rasa rindunya Allah pada Ana. Dalam hati ana sering berkata, Ya Allah sungguh berat ujian yang kau berikan padaku. Tidak mampu untuk aku tanggung ujian ini Ya Allah. Tapi kita kena ingat sahabat, Allah tidak memberikan ujian kepada hambanya melainkan bersesuaian dengan kemampuannya. Allahu Rabb. Besar sungguh kekuasaan Allah.


Aasif ya sahabat, maghrib sudah pun masuk waktunya, ana terpaksa berhenti setakat ini sahaja. Ana akan sambung kisah ana ini diwaktu lain pula. Semoga Allah merahmat kalian, semoga pintu hati kalian terbuka untuk menjadi mujahidah disisi Islam. Amin. Salam Alaik.


1 comment:

  1. Lah Tahzan yaa sahabat,sesungguhnya Allah bersamamu...

    ReplyDelete